Monday, October 3, 2011

Hari Lahirku ^_^

03.10.1990 adalah tarikh kelahiran ku. Maknanya aku akan menyambut hari lahir pada 03.10.2011 pada tahun ini.

Dan hari ini 03.10.2011 bersamaan hari isnin. ramai rakanku telah mengucapkan selamat hari jadi..huhu rasa seronok bila mendengar dan melihat ucapan tersebut.

Pernah terdetik dalam hati taatkala melihat comment di FB yang mengatakan moga aku d redai di dunia n akhirat." rupa2nya umurku semakin bertambah, dan yang pasti hari kematian itu semakin hampir pada diri ku"
bekalanku bagaimana untuk bertemu Allah yang menciptaku????

sempat aku melihat blog yang berkaitan dgn peristiwaku ini...dan aku ingn kongsikan dgn sahabat,^_^

Wahai saudara-saudara
Dunia ini cuma sementara
Bila sudah sampai masa kita
Izrail datang mencabut nyawa
Mati pasti datang untuk setiap manusia
Masa itu tidak dapat lari ke mana
Walaupun dikawal polis dan tentera
Tiada siapa boleh menghalangNya
Tinggallah kawan-karib sanak-saudara
Tinggallah rumah kereta dan harta
Tiada satu pun boleh dibawa
Kecualilah amal dan taqwa

Tinggallah sendiri dalam keranda
Tanpa ditemani oleh sesiapa
Menunggu malaikat untuk ditanya
Siapa tuhan kamu Marabukka
Kalau kita bertuhankan manusia
Kalau tuhan kita Ringgit Malaysia
Kalau kita sangsi dan kurang percaya
Yang Allah ialah Maha Pencipta
Yang bumi ini milik Allahuatala
Lidah kita tidak akan berdusta
Maka lidah akan berkata-kata
Kita tidak akan dapat lebihan masa
Tak boleh berpatah balik ke dunia
Menyesal pun tidak berguna
Nah masuk kamu ke dalam neraka
Yang dipenuhi azab sengsara

Hukuman bagi yang engkar
Mereka yang tidak mahu dengar
Tidak percaya Allah Maha Besar
Mereka inilah golongan kufur tegar
Walaupun sudah tua tapi tak sedar
Jikalau berjanji mereka engkar
Jikalau berhutang mereka tak bayar
Tak kiralah dengan along atau chetiar
Atau yang merompak bermiliyar-miliyar
Sedangkan rakyat hidup miskin tegar

Tinggalkan solat Isya Subuh serta Asar
Solat puasa haji zakat selalu tersasar
Perkara dunia senang tapi akhirat sukar
Kalau soal bangsa semangat berkobar
Kalau soal agama semangatnya pudar
Membuat fitnah besar lalu disebar
Menggunakan media dan jalur lebar
Termasuklah alam siber dan suratkhabar
Sedangkan Aishah pun difitnah inikan Anwar

Perkara aqidah mereka buat-buat kelakar
Kafirkan sahabat nabi AbuBakr dan Umar
Imam MasjidilHaram pun juga diselar
Mereka bertopengkan ijazah dari Azhar
Walaupun kepala dililit serban besar
Kata-kata nista macam mulut lasar
Golongan Ahbash suka buat tuduhan liar
Malangnya bergerak bebas tulisan disiar
Golongan inilah yang selalu buat mangkar
Maka siksaan Allah amat dasyat didalam Nar

ya Allah usiaku semakin bertambah,
jangan kau biarkan aku dalam kemurkaan mu sepanjang hidupku...