Friday, April 15, 2011

Kem Khalifah Muda peringkat KG Sinulihan Baru

KERANA BUKAN SELAMANYA KITA DISINI

26-27 NOVEMBER 2010 - Satu progarm telah dilaksanakan oleh Akademi Khalifah Muda [AKM] dengan kerjasama Biro Rakan Muda Masjid KG Sinulihan Baru. Berikut adalah butiran program ;-


Nama Program : Kem Khalifah Muda (KG Sinulihan Baru)
Moto Program  : Kerana Bukan Selamanya Kita Di Sini
Tarikh               : 26-27 November 2010
Hari                  : Jumaat dan Sabtu
Tempat             : Masjid Babur Rahman KG Sinulihan Baru


Akademi Khalifah Muda merupakan satu persatuan yang telah ditubuhkan pada hujung tahun 2009, hasil dari kesedaran remaja kawasan keningau terhadap cabaran yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja terutamanya dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. jika di lihat pada masa sekarang  masyarakat berhadapan dengan budaya yang merosakkan, bukan sahaja di kawasan bandar malah di kampung juga, tidak terkecuali KG Sinulihan Baru. Maka dengan kesadaran itu ramaja yang telah belajar di IPTA dan IPTS dengan tarbiah yang amat sedikit diperoleh telah melihat bahawa untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara kembali dengan ajaran islam( al quran dan sunnah ).


oleh yang demikian untuk peringkat KG Sinulihan Baru, AKM telah menganjurkan Program ini dan sambutan yang diberikan adalah sangat baik. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program ;-


Pendaftaran Peserta



Kem dipasang oleh peserta



Taklimat Progam Oleh pengarah Program




Kuliah Dasar




Riadah Pagi












Makan Malam 
[ bubur lambok ]






Manu Sarapan Pagi



wahai orang-orang beriman, mahukah aku tunjukkan kamu satu perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih!!..iaitu kamu mentaati perintah Allah dan berjihad dijalanNya.........( surah as saff  )

moga dengan usaha yang sedikit ini dapat menjadi bekalan apabila bertemu dengan Sang Pencipta...dan penulis secara peribadi ingin mengajak bersama-sama terutamanya penduduk KG Sinulihan Baru untuk bersatupadu dalam menjayakan program seumpama ini. Untuk pengetahuan anda AKM bercita-cita untuk melakukan program seumpama ini lagi dengan lebih kerap bukan sahaja di KG Sinulihan Baru malah di setiap kampung di Kawasan Keningau khususnya.....insyallah..