Sunday, February 27, 2011

ISLAMKAH SAYA????

Sekadar Perkongsian....

Ramai orang islam pada mutakhir ini hanya mengenali ISLAM semata-mata. Kata ustaz ana `` islam atas kad pengenalan ``...betul ke???..em..pada pendapat ana memang betul. ramai umat islam tidak mengenalai islam itu sendiri dan tidak mengamalkanya.

           ana teringat kata ustaz ana..ustaz ana memegang al quran dan mengatakan..``dikatakan dalam al quran musuh islam ini adalah jahat, membenci islam, akan membunuh islam dan banyak lagi perangai musuh islam yang bertujuan untuk menjatukan islam. perkara ini sudah diceritakan dalam al quran..tapi apa yang mengecewakan adalah al-quran mengatakan  islam itu adalah agama yang hebat, baik, suci, dan segala yg terkandung dalam islam adalah yang terbaik...namun umat islam tidak seperti apa yang dikatakan dalam al quran.`` 

          memang benar apa yang ana nampak hari ini. semakin hari umat islam semakin jauh dengan islam..umat islam dihina namaun mereka tidak sedar kerana terpengaruh denagan kemewahan dunia...ditanya apakah itu islam??..ramai yang tidak dapat menjawab dengan betul..ada juga yang megatakan apa yang terkandung dalam rukun islam SAHAJA...sungguh sempit pemahaman mereka tentang islam...

Benarlah apa yang dikatakan oleh Abu Bakar , kahlifah islam yang pertama..dimana beliau mengatakan `` kaum yang meninggalkan perjuangan akan menempa kehinan dan kaum yang melakukan maksiat akan menempa bencana``......