Thursday, December 1, 2011

Kem Al Hijrah 2011 Peringkat KG Sinulihan baru

Asalamwalaikum ?

alahmdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi kekuatan dalam melaksanakan program Kem Al Hijrah pada masa berikut:-


          Program ini telah dilaksanakan oleh Biro Rakan Muda Masjid dengan Kerjasama Akademi Kahlifah Muda KG Sinulihan Baru. Program ini telah diketuai oleh saudara Fauzi yang berada tingkatan 3, dan di bantu beberapa sahabatnya, dalam kalangan muslimin dan muslimat yang semua masih bersekolah di SMK. sesuatu yang menarik perhatian ana, dimana mereka ini semua telah mengikuti USRAH, dan dalam usrah inilah mereka mendapat tarbiah, menarik bukan???..^_^.

          kesemua peserta ini dalam kalangan kanak-kanak yang masih bersekolah dalam tahun 1 - 6. berikut adalah gambar sepanjang porgram:- 
















































antara objektif porgram ini adalah:- 
 1. mewujudkan generasi yang memhami dan menghayati ajaran islam
 2. mewujudkan suasana islamik dalam kalangan genarasi muda
 3. menghayati sejarah hijrah nabi muhammad dan para sahabat

moga porgram seumpama ini dapat diteruskan ^_^..takbir!!!!!


Monday, October 3, 2011

Hari Lahirku ^_^

03.10.1990 adalah tarikh kelahiran ku. Maknanya aku akan menyambut hari lahir pada 03.10.2011 pada tahun ini.

Dan hari ini 03.10.2011 bersamaan hari isnin. ramai rakanku telah mengucapkan selamat hari jadi..huhu rasa seronok bila mendengar dan melihat ucapan tersebut.

Pernah terdetik dalam hati taatkala melihat comment di FB yang mengatakan moga aku d redai di dunia n akhirat." rupa2nya umurku semakin bertambah, dan yang pasti hari kematian itu semakin hampir pada diri ku"
bekalanku bagaimana untuk bertemu Allah yang menciptaku????

sempat aku melihat blog yang berkaitan dgn peristiwaku ini...dan aku ingn kongsikan dgn sahabat,^_^

Wahai saudara-saudara
Dunia ini cuma sementara
Bila sudah sampai masa kita
Izrail datang mencabut nyawa
Mati pasti datang untuk setiap manusia
Masa itu tidak dapat lari ke mana
Walaupun dikawal polis dan tentera
Tiada siapa boleh menghalangNya
Tinggallah kawan-karib sanak-saudara
Tinggallah rumah kereta dan harta
Tiada satu pun boleh dibawa
Kecualilah amal dan taqwa

Tinggallah sendiri dalam keranda
Tanpa ditemani oleh sesiapa
Menunggu malaikat untuk ditanya
Siapa tuhan kamu Marabukka
Kalau kita bertuhankan manusia
Kalau tuhan kita Ringgit Malaysia
Kalau kita sangsi dan kurang percaya
Yang Allah ialah Maha Pencipta
Yang bumi ini milik Allahuatala
Lidah kita tidak akan berdusta
Maka lidah akan berkata-kata
Kita tidak akan dapat lebihan masa
Tak boleh berpatah balik ke dunia
Menyesal pun tidak berguna
Nah masuk kamu ke dalam neraka
Yang dipenuhi azab sengsara

Hukuman bagi yang engkar
Mereka yang tidak mahu dengar
Tidak percaya Allah Maha Besar
Mereka inilah golongan kufur tegar
Walaupun sudah tua tapi tak sedar
Jikalau berjanji mereka engkar
Jikalau berhutang mereka tak bayar
Tak kiralah dengan along atau chetiar
Atau yang merompak bermiliyar-miliyar
Sedangkan rakyat hidup miskin tegar

Tinggalkan solat Isya Subuh serta Asar
Solat puasa haji zakat selalu tersasar
Perkara dunia senang tapi akhirat sukar
Kalau soal bangsa semangat berkobar
Kalau soal agama semangatnya pudar
Membuat fitnah besar lalu disebar
Menggunakan media dan jalur lebar
Termasuklah alam siber dan suratkhabar
Sedangkan Aishah pun difitnah inikan Anwar

Perkara aqidah mereka buat-buat kelakar
Kafirkan sahabat nabi AbuBakr dan Umar
Imam MasjidilHaram pun juga diselar
Mereka bertopengkan ijazah dari Azhar
Walaupun kepala dililit serban besar
Kata-kata nista macam mulut lasar
Golongan Ahbash suka buat tuduhan liar
Malangnya bergerak bebas tulisan disiar
Golongan inilah yang selalu buat mangkar
Maka siksaan Allah amat dasyat didalam Nar

ya Allah usiaku semakin bertambah,
jangan kau biarkan aku dalam kemurkaan mu sepanjang hidupku...

Friday, June 10, 2011

Kenduri di KG Sinulihan..!!

Jom kenduri!!!!....

huhu!!...masa cuti, nak habis cuti, awal tahun, hujung tahun dan banyak lagi masa yang dipilih oleh penduduk kg untuk melakukan kenduri.....itulah kampung sinulihan baru.........disinilah tempat penduduk kg bercerita dan secara tidak langsung dapat mengeratkan tali silaturahim antara penduduk kg..anda boleh lihat gambar tentang  suasana sewaktu kenduri...syok bah!!!.....

tetamu baru sampai...(bercerita dahulu)

 tetamu dijemput masuk untuk baca doa

sebelum baca doa

sebelum baca doa

 tegah baca doa


makan!!!!

huh laparnya...

group VIP..hehe

jaga-jaga oluganan

selapas makan....


sambung cerita.,.. sebelum balik..

sebelum tu mitak maaf sebab ayat tak power...nk cepat2 bah....apa-apa pun yang sebenarnya hendak dikongsikan disini adalah berkanaan hukum untuk memenuhi undangan majlis kenduri atau perkawinan...

baca di baawah ne...

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin? 

JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.