Friday, April 15, 2011

Kem Khalifah Muda peringkat KG Sinulihan Baru

KERANA BUKAN SELAMANYA KITA DISINI

26-27 NOVEMBER 2010 - Satu progarm telah dilaksanakan oleh Akademi Khalifah Muda [AKM] dengan kerjasama Biro Rakan Muda Masjid KG Sinulihan Baru. Berikut adalah butiran program ;-


Nama Program : Kem Khalifah Muda (KG Sinulihan Baru)
Moto Program  : Kerana Bukan Selamanya Kita Di Sini
Tarikh               : 26-27 November 2010
Hari                  : Jumaat dan Sabtu
Tempat             : Masjid Babur Rahman KG Sinulihan Baru


Akademi Khalifah Muda merupakan satu persatuan yang telah ditubuhkan pada hujung tahun 2009, hasil dari kesedaran remaja kawasan keningau terhadap cabaran yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja terutamanya dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. jika di lihat pada masa sekarang  masyarakat berhadapan dengan budaya yang merosakkan, bukan sahaja di kawasan bandar malah di kampung juga, tidak terkecuali KG Sinulihan Baru. Maka dengan kesadaran itu ramaja yang telah belajar di IPTA dan IPTS dengan tarbiah yang amat sedikit diperoleh telah melihat bahawa untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara kembali dengan ajaran islam( al quran dan sunnah ).


oleh yang demikian untuk peringkat KG Sinulihan Baru, AKM telah menganjurkan Program ini dan sambutan yang diberikan adalah sangat baik. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program ;-


Pendaftaran Peserta



Kem dipasang oleh peserta



Taklimat Progam Oleh pengarah Program




Kuliah Dasar




Riadah Pagi












Makan Malam 
[ bubur lambok ]






Manu Sarapan Pagi



wahai orang-orang beriman, mahukah aku tunjukkan kamu satu perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih!!..iaitu kamu mentaati perintah Allah dan berjihad dijalanNya.........( surah as saff  )

moga dengan usaha yang sedikit ini dapat menjadi bekalan apabila bertemu dengan Sang Pencipta...dan penulis secara peribadi ingin mengajak bersama-sama terutamanya penduduk KG Sinulihan Baru untuk bersatupadu dalam menjayakan program seumpama ini. Untuk pengetahuan anda AKM bercita-cita untuk melakukan program seumpama ini lagi dengan lebih kerap bukan sahaja di KG Sinulihan Baru malah di setiap kampung di Kawasan Keningau khususnya.....insyallah..

Sunday, March 27, 2011

Baitulmuslim???


Isu yang paling digemari..??

Perlu direnung-renungkan.....^_^...

Ramai para dai`e yang kecundang dilandasan dakwah kerana disebabkan perkara ini...dan ramai pula para dai`e yang seronok bila membicarakan perkara ini...sekadar ilmu dalam diri tidak mampu untuk menghalang melainkan penelitian dan mujahadah tanpa dipengaruhi oleh hati yang telah kotor....``gunakanla pandangan hati``...itulah salah satu lirik nasyid yang menyebabkan peserta dalam pgram kem pemantapan akidah menitiskan air mata......huh!!


Apa yang hendak diperkongsikan disini adalah berkenaan Baitulmuslim...yup!! perkara ini memang perlu dan ia merupakan topik yang agak digemari oleh para dai`e..namun sebagai para dai`e yang benar fikranya..benda ini bukanlah salasatu kaedah atau tiket untuk kita berhubung dengan seseoarang yang kita suka`i ...islam meletakan kaedah ini untuk hamba Allah yg memang nak...so jika anda suda bersedia teruskan...!!!!...kerana bilamana dalam landasan perjuangan ini kita akan diuji dari pelbagai aspek..dan salahsatunya perkara yang melibatkan  benda ini>>>>...

Terkadang kecewa dengan pandangan para dai`e...terlalu mengambil mudah tentang perkara ini..maksud ana hanya mengenal baitulmuslim semata-mata..tanpa mendalaminya...menyebabkan seolah-olah menjadi budaya dalam kalangan para dai`e untuk mengantikan budaya kapel....

Bukan menafikan tentang  baitulmuslim, Cuma nak perbetulkan fikiran kita...

Bukankah kita meyakini bahawa islam ini adalah agama yang syumul???...so kenapa melepaskan keinginan kita untuk mendapatkan sesorang yang kita sukai dengan mengunakan baitulmuslim...sedangkan keadaan kita masih tidak sesuai...bukankah hukum nikah terbahagi beberapa jenis hukum...wajiib, sunat, makruh, haram???????.....

Para dai`e...fikirkan???? d mana kedudukan kita??????....jika kita masih di kumpulan makruh(mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami)...dan ana yakin kebanyakan kita berada dikumpulan ini......

Salahsatu syarat untuk mengunakan baitulmuslim adalah mesti melakukan ikatan dalam jangka yang pendek...jika dalam masa 2 tahun atau lebih...bagi ana ia akan memberikan kesan....takut hati akan dikotori........bukan ka ada kaedah yg lain/???? Puasa sunat???...jaga pandangan???/.......jika kita rasa kita sebagai dai`e yg benar maka sudah semestinya kita mengamalkan apa yg telah  diajar oleh islam.....

Pandangan ini hanya pandangan secara peribadi.....

Bagi ana jika perkara ini berterusan....maka organisasi yang kita guna sebagai wasilah untuk memperjuangkan islam akan tercemar.....


Sebarang pembetulan dan teguran serta pandangan ana persilakan....^_^

Monday, February 28, 2011

Kem Pemantapan Akidah

sekadar perkongsian....

        baru-baru ini ana mengikuti program ‘Kem Pemantapan Akidah’...pengarah pogram memberikan tanggungjawab kepada ana sebagai kem kom...besar tanggungjawab yang diberikan...pada mulanya ana tidak mahu kerana menyedari bahawa tanggungjawab itu tersangatlah berat, ..bagi ana yang baru dalam landasan perjuangan...namun tanggungjawab tersebut dengan berat hati menerima tenggungjawab tersebut atas satu kekuatan,`` ana ingin belajar ``....untuk bekalan perjuangan seterusnya....

        Kem kom merupakan AJK yg menjaga disiplin atau peraturan sepanjang pgram..sebut ``Kem Kom`` suda semestinya mempunyai sifat yang tegas dan selalu marah, ..huh!! mesti peserta sakit hati dengan ana kalau macam ne..

Atas dasar ingin memberi kesedaran pada peserta tentang islam...maka ana perkuatkan diri ana..yang sememangnya tidak layak. Allah sahaja tahu hati ana ketika menerima tanggungjawab tersebut...

         “ana dengar dan taat” arahan pengarah pogram...walaupun ada usaha ana untuk mencari orang nak gantikan tempat ana....namun ana merancang, Allah jua merancang..tapi perancangan Allah jualah yang terbaik.....ana akur dengan ketentuan Allah..ana menjadi Kem Kom...moga tidak dipersoalkan tanggungjawab tersebut d akhirat kelak..malah menjadi bekalan ana..amin....

         Huh!! Sudah ana jangka..kem kom mesti nak marah dan tegas...dan yang merisaukan ana, ada peserta yang sakit hati dengan ana...hmm....ana beserah dengan Allah, moga sifat ana itu bukan bertujuan nak ego atau nk saja-saja..demi Allah!!...ana tidak akan lakukan perkara itu melainkan hendak mencari keredaan Allah...mengharapkan kebaikan d akhirat kelak..ingan memberi kesedaran pada peserta..agar mereka bersama-sama dengan ana untuk memperjuangkan agama Allah ini.....

ana minta maaf wahai sahabatku atas sikap ana semasa pgram kem pemantapan akidah.....


Sunday, February 27, 2011

ISLAMKAH SAYA????

Sekadar Perkongsian....

Ramai orang islam pada mutakhir ini hanya mengenali ISLAM semata-mata. Kata ustaz ana `` islam atas kad pengenalan ``...betul ke???..em..pada pendapat ana memang betul. ramai umat islam tidak mengenalai islam itu sendiri dan tidak mengamalkanya.

           ana teringat kata ustaz ana..ustaz ana memegang al quran dan mengatakan..``dikatakan dalam al quran musuh islam ini adalah jahat, membenci islam, akan membunuh islam dan banyak lagi perangai musuh islam yang bertujuan untuk menjatukan islam. perkara ini sudah diceritakan dalam al quran..tapi apa yang mengecewakan adalah al-quran mengatakan  islam itu adalah agama yang hebat, baik, suci, dan segala yg terkandung dalam islam adalah yang terbaik...namun umat islam tidak seperti apa yang dikatakan dalam al quran.`` 

          memang benar apa yang ana nampak hari ini. semakin hari umat islam semakin jauh dengan islam..umat islam dihina namaun mereka tidak sedar kerana terpengaruh denagan kemewahan dunia...ditanya apakah itu islam??..ramai yang tidak dapat menjawab dengan betul..ada juga yang megatakan apa yang terkandung dalam rukun islam SAHAJA...sungguh sempit pemahaman mereka tentang islam...

Benarlah apa yang dikatakan oleh Abu Bakar , kahlifah islam yang pertama..dimana beliau mengatakan `` kaum yang meninggalkan perjuangan akan menempa kehinan dan kaum yang melakukan maksiat akan menempa bencana``......

Saturday, February 12, 2011

RUKUN BAI'AH

1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat
temanpetunjuk.blogspot.com

Hakikat PErjuangan yang perlu dijelasi

Assalamualaikum..insan-insan yang mengaku pejuang..

Jangan sesekali kita lupa bahawa bila mana kita tidak mementingkan ILMU kita akan tsabat dalam perjuangan. ILMU akan membawa kita kepada FAHAM, dan seterusnya akan diikuti oleh amal dan ikhlas ..begitulah seterusnya..

ILMU kunci kehidupan..hatta Nabi Adam diangkat darjat daripada Malaikat kerana ALLAh mengurniakan nya ILMU..Dalam surah al-'Alaq.."Bacalah dengan nama TUhanmu..." perintah untuk membaca dan seterusnya mengaut ILMU..Al-quran kalau dikaji sangat banyak ILMU yang terkandung di dalamnya..JiHAD akan mudah dilakukan selepas itu semua..

Kemudian, ukhuwah..bila mana berjuang dalam satu jemaah..bukan lagi kita bergerak sendirian. Malah sahabat seperjuangan kita ada hak terhadap mereka yang kita mesti tunaikan..Maka dengans itu, persahabatan yang paling indah ialah ukhuwah FILLAH..ithar mesti menemani sepanjang ukhuwah ini..bila ukhuwah mantop..barulah ada ThABAT..

Tadhiah..pengorbanan yang kita perlu lakukan adalah mengorbankan kepentingan diri kerana kepentingan UMMAH..hakikatnya, kita sudah menginfakkan diri untuk perjuangan..Tajarrud, Thiqah, Taat , Wala...semua ni kena tunaikan..

Tahu tak apa yang kita bincang ni???
Itulah RUKUN BAI'AH..